• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan JB-Mersing Ditutup Ekoran Tanah Mendap

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JALAN utama menghubungkan Johor Bahru-Kuantan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan berikutan tanah mendap di KM16, berdekatan Institut Latihan Perindustrian Mersing.

Ketua Polis Daerah Mersing, Supt. Cyril Edward Nuing berkata tanah mendap seluas 70 meter dan sedalam 15 meter itu berlaku kira-kira 2.30 pagi ini dan hampir meragut nyawa pemandu kereta, seorang warga emas lelaki dan beberapa penumpangnya yang melalui jalan berkenaan.

“Sewaktu kejadian, kereta itu terjatuh ke dalam gaung tanah mendap berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun dan penumpangnya yang lain tidak mengalami kecederaan serius dan telah dirujuk ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, orang ramai yang ingin ke Mersing atau Kuantan atau dari Mersing hendak ke Johor Bahru dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Nitar-Jemaluang.

Sementara itu, JKR Mersing dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan tanda amaran telah dilakukan di lokasi kejadian bagi mengelakkan orang ramai daripada menggunakan jalan terbabit.

“Pasukan bertindak juga sentiasa memantau keadaan di tapak dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu mengikut laluan alternatif dan berhati-hati,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Johortanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd