• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jadi Kawan Biasa Pun Boleh Serasi Dalam Lakonan”

oleh
02/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON putih melepak kacukan Melayu-Scotland, Emma Maembong memberitahu bahawa gandingannya bersama dengan Alvin Chong membuatkan mereka serasi berkawan dan tiada langsung perasaan lain yang timbul.

“Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan,” ujarnya dipetik daripada mStar Online.

Bagi Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail, 25, menegaskan bahawa dia selesa bekerjasama bersama dengan Alvin kerana status kawan baik itu membuatkan mereka tidak kekok.

“Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

“Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya,” tambahnya lagi yang kini sedang giat menghasilkan tudung terbaru hasil lukisannya sendiri.

Baru-baru ini, Emma dan Alvin baru sahaja digandingkan menerusi drama Tersuka Tanpa Sengaja pada September lalu.

Ianya telah membuatkan netizen ‘gila bayang’ kerana keserasian mereka di dalam drama itu seakan-akan real di dunia nyata.

Hinggakan netizen menyuruh mereka menjalinkan hubungan cinta di alam realiti hingga wujudnya beberapa akuan Instagram yang bertujuan untuk berkongsi gambar mereka berdua ketika dalam drama tersebut.

Emma sendiri sudah biasa dengan perkara seperti itu kerana baginya itu ialah golongan penonton fanatik dalam menyokong sesebuah drama.

Sebelum ini, bila Emma bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza menerusi drama Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa dan filem Kimchi Untuk Awak, ramai juga penonton menyukai gandingan mereka sehingga mahu hubungan cinta itu menjadi kenyataan.

“Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

“Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

“Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

“Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan,” tambahnya.

Dalam perkembangan yang lain, Emma kini bakal menjalani sebuah penggambaran drama yang diadaptasikan daripada sebuah novel bagi siaran raya atau edisi istimewa.

“Insya-Allah saya mula masuk set drama itu pada penghujung Januari. Tak pasti lagi sama ada untuk edisi khas sebanyak lima episod atau raya,” katanya.

Sebenarnya kalau nak dapatkan keserasian dalam lakonan tu tak semestinya hero dan heroin perlu menjalinkan hubungan mesra. Cukup sekadar berkawan biasa pun boleh juga.

Takut nanti bila asyik tangkap cintan di lokasi penggambaran, peminat pun boleh naik muak juga kan. -MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: Alvin ChongbercintadramaEmma Maembongkeserasian
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan Kekasih Warga Asing Tepi Kolam

18/02/2024
0

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Jalan...

Drama PRU-15

Drama PRU-15

17/10/2022
0

Rakyat perlu berwaspada dengan 'drama' yang direka oleh lawan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU-15. Ikuti Mynewshub: Telegram Kelicikan lawan BN bermain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd