• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ISN Wujud Ekosistem Prestasi Tinggi Atlet Podium

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada alasan bagi atlet Program Podium untuk tidak menyerlah kerana Institut Sukan Negara (ISN) sudah mewujudkan satu ekosistem berprestasi tinggi yang harus dimanfaatkan mereka.

Pengerusi ISN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata ISN menyediakan fasiliti bertaraf dunia mengikut keperluan sukan untuk membantu mempertingkatkan prestasi atlet negara.

“Saya tidak nafikan dengan wujudnya ekosistem ini, sepatutnya atlet negara boleh menjadi juara. Saya tidak nampak kenapa atlet kita tidak boleh menjadi terbaik di rantau ini.

“Kebanyakan negara di Asia Tenggara tidak memiliki kelengkapan seperti yang kita ada. Saya percaya mereka pasti kagum dengan kemudahan kita ada,” katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di ISN, di sini hari ini.

Pada program itu, wartawan berpeluang melawat beberapa fasiliti canggih di ISN seperti pusat suaian fizikal dan fisiologi senam yang berperanan membantu atlet negara mencapai prestasi optimum.

Antara dua kemudahan terbaharu adalah ‘Altitude and Environmental Chamber’ yang direka khas untuk latihan olahraga, dan memerlukan kawalan karbon dioksida dan oksigen dalam ‘environmental chamber’ tersebut.

Chamber itu berupaya melakukan simulasi pelbagai jenis keadaan cuaca dan suhu serendah -25 celsius hingga 55 celsius.

Cryotheraphy Lab atau lebih dikenali sebagai makmal ais pula digunakan untuk merawat kecederaan atlet dengan lebih cepat.

“Dua kemudahan ini adalah untuk membantu persiapan atlet sebelum bertanding ke luar negara dan mempercepatkan pemulihan kecederaan atlet. Kalau dulu perlu mengambil seminggu untuk sembuh tetapi dengan kemudahan ini mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata ISN juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan ‘Executive Health Screening’ kepada orang ramai.

“Setakat ini fasiliti yang ada ini hanya untuk atlet negara. Kami juga merancang mencari dana sendiri contohnya dengan menyediakan perkhidmatan ‘Executive Health Screening’,” katanya. – BERNAMA

Tags: atletDatuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terowong Dasar Laut: Perunding Jurutera Ditahan

Next Post

Kebakaran Stor: Tiga Beranak Bersyukur Terselamat

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

Next Post

Kebakaran Stor: Tiga Beranak Bersyukur Terselamat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd