• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terowong Dasar Laut: Perunding Jurutera Ditahan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang wanita yang merupakan perunding kejuruteraan bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan pada 6.10 petang ketika hadir memberi kenyataan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

“Difahamkan, wanita itu merupakan perunding kanan sebuah syarikat yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.

“Beliau dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri,” kata sumber itu.

SPRM, beliau berkata juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut terlibat bersubahat dalam pemalsuan dokumen itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita itu namun enggan mengulas lanjut.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Pada 19 Jan, dua pemimpin syarikat bergelar “Datuk” yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang dibebaskan. – BERNAMA

Tags: ditahanIsu TerowongSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan Buat Laporan SPRM Isu Zetrix AI

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu melibatkan MYEG dan Zetrix...

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

Pemimpin DAP Buat Laporan SPRM, Minta Siasat Zahid Isu Perbelanjaan KKDW

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Kampar, Chong Zhemin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat peranan Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd