• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haram Gelar Nabi Muhammad Panggilan Tak Wajar

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Perbuatan menggelar Nabi Muhammad SAW dengan sebarang nama panggilan yang tidak sewajarnya adalah haram dan perlu bertaubat, demikian tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Beliau berkata perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap Rasullullah yang merupakan kekasih Allah dan sebagai umat Islam perbuatan tersebut tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan cakap tidak tentu pasal atau berlawak (berkenaan Nabi Muhammad dan agama),” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas tindakan seorang artis lelaki dalam satu program stesen televisyen swasta yang menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai “Che Mat”.

Perbuatan artis itu dalam rakaman program yang tular di media sosial itu dikecam masyarakat sehingga terdapat pendakwah dan penceramah agama yang menggesa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas.

Sehubungan itu, Harussani berkata JAIPk perlu memberi perhatian terhadap perbuatan artis berkenaan yang bermastautin di Perak dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.

“Tanggungjawab JAIPk panggil individu tersebut supaya (isu ini) tidak berlanjutan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani ZakariaNabi Muhammad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

Ramesh Peluk Islam Pada Usia 20 Tahun Selepas Dengar Kisah Nabi Muhammad

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 20 tahun, dikenali sebagai Ramesh (bukan nama sebenar) memilih untuk memeluk Islam selepas tertarik...

Tahukah Anda Siapa Pegang Kunci Kaabah?

22/08/2018
0

LEBIH 16 abad lalu, sebelum Islam diperkenalkan ke seluruh dunia, cucu-cucu lelaki Qusai bin Kilab bin Murrah memiliki tugasan khusus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd