• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halang Tugas Polis, 2 Rakan Didenda RM3,000

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tindakan dua rakan membaling topi keledar dan menunggang motosikal melawan arus bagi mengelak daripada ditahan polis, membawa padah apabila mereka masing-masing dihukum denda RM3,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khairul Nizam Karim, 30, dan Qamarul Ashraf Mohamad Zaki, 22, selepas mereka mengaku bersalah dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam, Koperal Nurul Akbar Ahmad daripada menjalankan tugasnya yang sedang membuat pemeriksaan di Jalan Teknologi, menghala ke Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara, di sini, pada 4.10 pagi, 19 Jan lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun mereka yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Ketika disoal Majistret mengapa mereka melarikan diri daripada pemeriksaan polis, kedua-dua tertuduh menjawab mereka berbuat demikian kerana tidak mempunyai lesen.

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan menunggang motosikal secara melawan arus dan membaling sebiji topi keledar ke arah anggota polis yang cuba mengejar mereka dan seorang daripada tertuduh mengalami kecederaan akibat terlanggar penghadang jalan. – BERNAMA

Tags: didendapolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd