• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Besar Sekolah Rendah Didakwa Guna Wang Zakat

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang guru besar sekolah rendah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan wang zakat yang sepatutnya disumbangkan kepada pelajar.

Zabidah Sulaiman, 57 yang dituduh di hadapan Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz didakwa menyalahgunakan RM5,000 wang zakat daripada Syarikat Ladang Rakyat Terengganu yang sepatutnya diberikan sebagai sumbangan kepada 100 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Cheneh Baru 2, Kemaman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas di sekolah terbabit di bilik mesyuarat Syarikat Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd pada 13 Julai 2015.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Che Amir Che Musa memohon mahkamah menetap jumlah jaminan yang rendah kerana tertuduh perlu menanggung bapanya yang kini menjalani rawatan ekoran sakit tua.

Zabidah kini bertugas sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mohammad Haidar kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 11 Feb untuk sebutan. – BERNAMA

Tags: Zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd