• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru ‘Amuk’ Mesyuarat Diarahkan Pindah Ke PPD

oleh
26/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk ketika mesyuarat hingga tular di media sosial telah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru.

Dalam satu kenyataan media di sini hari ini, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan guru dikenali sebagai Tan Hong Lian didapati adalah jelas tidak melambangkan imej profesionalisme sebagai seorang pendidik.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Chio Min, pada 24 Januari lalu dan telah menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial sehingga menimbulkan keresahan awam.

“Sehubungan itu KPM telah mengarahkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menempatkan dengan kadar segera guru berkenaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru bermula pada 26 Januari.

Baca: Pening… Cikgu Tiba-Tiba Amuk Dalam Mesyuarat

Pening... Cikgu Tiba-Tiba Amuk Dalam Mesyuarat

“Ia sementara siasatan punca sebenar guru itu bertindak sedemikian selesai. Tindakan ini bagi mententeramkan keadaan emosi guru serta menjaga ketenteraman proses pengajaran di sekolah,” kata kenyataan tersebut.

KPM turut mengingatkan semua guru serta pentadbir sekolah perlu sentiasa berkelakuan serta bertindak secara profesional pada setiap masa khususnya dalam konteks hubungan sesama rakan sekerja, murid dan masyarakat.

Ini juga bagi mengelakkan kejadian seumpamanya daripada berulang. Pihak KPM menerusi kenyataan itu turut menegaskan sebagai penjawat awam, semua guru hendaklah pada setiap masa menunjukkan teladan yang baik.

Ia agar kepercayaan dan keyakinan terhadap profesion keguruan tidak menjadi bahan persendaan masyarakat susulan tular video seumpama itu yang sebanarnya hanya kes terpencil. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GuruKementerian Pendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd