• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Harus Henti Raih Simpati

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng patut menyalahkan diri sendiri jika tarikh perbicaraan di mahkamah bagi kes rasuah yang dihadapinya dijadualkan seperti sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman, yang juga pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional berkata tatrikh perbicaraan itu hanya dijadualkan sekarang selepas lama ditangguhkan kerana percubaan Lim untuk mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai melanggar perlembagaan.

“(Lim) Guan Eng sepatutnya mempunyai keyakinan terhadap mahkamah di negara ini kerana beliau dibenarkan untuk membela diri secara terbuka dan telus,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Sama ada (Lim) Guan Eng akan menang atau DAP dapat mengekalkan kerajaan negeri Pulau Pinang atau tidak, sudah tentu adalah perkara yang sama sekali berbeza,” katanya.

Lim dilaporkan berkata semalam bahaswa perbicaraan kes rasuah, yang bermula pada 26 Mac, mungkin memberi impak kepada pencalonannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata beliau perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk beberapa tempoh empat hingga lima hari berturut-turut antara Mac dan Mei. Mahkamah Tinggi telah menetapkan 23 hari bagi perbicaraan antaera 26 Mac dan 25 Mei

Pada 30 Jun, 2016, Lim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan perumahan awam kepada syarikat sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri pada 18 Julai, 2014.

Lim juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan habuan bagi dirinya dengan membeli sebuah rumah dari Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta iaitu di bawah harga pasaran RM4.27 juta pada 28 Julai, 2015.

Phang, yang juga presiden Magnificent Emblem , mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk Lim rumah di Jalan Pinhorn dengan harga RM2.8 juta iaitu tidak sepadan dengan nilai pasaran bagi hartanah berkenaan iaitu RM4.27 juta. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngRahman Dahlan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd