• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gemar ‘Live’ di FB, Peniaga Online Disamun, Ditembak

oleh
27/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH… Seorang peniaga dalam talian cedera parah selepas ditembak dan dikunci sekumpulan perompak dalam kejadian di pejabatnya di Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan malam tadi.

Mangsa, Mohd. Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka ditemui dalam keadaan lemah dan berlumuran darah di tingkat atas kedainya sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, dalam kejadian pukul 11.30 malam itu suspek turut melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 selain wang tunai RM8,000.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi oleh tiga lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta berwarna putih.

“Mangsa ditembak di betis dan kami turut menemui peluru sepanjang 9mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Abdullah berkata lagi, gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan pihak polis tidak menolak kemungkinan kesemua suspek sudah melarikan diri ke negara jiran.

Sementara itu, abang ipar mangsa iaitu Nordin Kadir memberitahu bahawa Mohd. Irfan sempan menghubungi isterinya, Zuraida selepas ditembak sebelum mereka bergegas ke premis berkenaan.

“Sebelum kejadian kami makan bersama-sama sebelum Mohd. Irfan kembali ke kedai bersendirian. Dia aktif jual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian dan berpindah ke pejabat baru di situ, lebih setahun lalu.

“Adik ipar saya juga sering membuat ‘live’ video di Facebook sebagai satu cara memasarkan barang jualannya,” ujar Nordin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Disamunditembakpeniaga online
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd