• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Tandatangan IBR Perangi Amalan Rasuah

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Perseketuan (FAMA) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi memastikan pegawai dan kakitangannya memerangi amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Majlis menandatangani ikrar itu diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak, disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Ahmad berkata, langkah FAMA menandatangani IBR akan mengukuhkan lagi integriti badan itu dan secara tidak langsung memperlihatkan keseriusan FAMA menyokong inisiatif kerajaan serta SPRM membanteras rasuah.

“Komitmen ini juga membuktikan usaha memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab SPRM semata-mata tetapi tugas yang dikongsi seluruh lapisan masyarakat.

“Saya berharap IBR ini akan menjadi kesinambungan hubungan dan pengukuhan kerjasama yang wujud antara FAMA dan SPRM dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis menandatangani IBR di FAMA Point, Selayang, hari ini.

Sementara itu, Badruddin berkata FAMA akan bersama-sama dalam Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) SPRM, dengan menerapkan 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle) dalam program-program kelolaan FAMA.

“Untuk permulaan, Pihak FAMA akan mewujudkan ruang (booth) di Pasar Tani FAMA di serata Malaysia bagi membantu pihak SPRM dalam membanteras rasuah,” katanya.

Majlis yang disertai lebih 150 orang itu turut berlintas langsung dengan pejabat-pejabat FAMA negeri di serata Malaysia.

FAMA ditubuhkan pada 1965 adalah badan berkanun yang menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian serta menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan. – BERNAMA

Tags: FAMAIBR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd