• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar Jana Jualan RM3.5 Bilion Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mencatatkan nilai janaan jualan RM3.5 bilion pada tahun ini, disokong oleh peningkatan jualan dalam talian dan penambahan outlet pemasaran seperti pasar tani dan AgroBazaar Rakyat.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pada tahun lepas, FAMA merekodkan nilai janaan jualan RM2.64 bilion melalui 2,089 outlet pemasaran.

“Bagi jualan dalam talian, AgroBazaar Online, FAMA menyasarkan setiap negeri perlu mencapai hasil jualan RM1 juta setahun.

“Selain itu, FAMA juga bercadang menambah stesen serahan dan trak penghantaran yang lengkap dengan tiga kompatmen iaitu sejuk beku, sejuk dan biasa, bagi memastikan penghantaran pesanan kepada pelanggan dapat dipertingkat,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Sasaran Kerja Tahunan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) FAMA Tahun 2018, yang dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Badruddin berkata setakat ini, FAMA mempunyai dua trak penghantaran yang lengkap dengan tiga kompatmen, sejuk beku, sejuk dan biasa, yang kini beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Mengulas lanjut, beliau berkata FAMA juga bercadang untuk meningkatkan jualan melalui program “Jimat Belanja Dapur ” (JBD), yang merupakan antara usaha kerajaan untuk menangani kos sara hidup dalam negara.

Beliau berkata program JBD ini berperanan sebagai saluran pasaran pilihan untuk menyedia dan menawarkan harga 27 komoditi di bawah Stok Simpanan Bekalan Makanan, pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Antara barangan tersebut ialah cili merah, halia tua, lobak merah, kubis bulat, tomato, bawang besar, bawang merah kecil, kelapa, kentang, ikan bilis, telur ayam, ayam standard, tepung, ikan kembung, ikan selar, minyak masak, gula, beras dan sardin.

“Bagi memastikan program JBD berjaya, FAMA akan mengimport barang keperluan ini sekiranya terdapat kekurangan bekalan di pasaran, sekali gus dapat menstabilkan harga.

“Sebelum ini, peniaga akan membeli stok daripada pemborong, sebelum sampai ke pengguna dan ini meningkatkan kos jualan. Sebaliknya melalui cara ini, peniaga boleh terus membeli daripada FAMA seterusnya menjual semula dengan harga yang dicadangkan FAMA,” katanya.

Selain itu, Badruddin berkata pihaknya turut menggalakkan pekebun kecil untuk menjual hasil mereka terus di pasar tani.

Sementara itu, pada majlis tersebut seramai 350 peserta terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah FAMA, pihak pengurusan dan kakitangan FAMA dari seluruh negara berhimpun selama tiga hari bermula semalam. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Pekan Kekal 477 Orang

Next Post

Lapik Kereta Direka Unik Jadi Skirt Wanita?

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

Next Post

Lapik Kereta Direka Unik Jadi Skirt Wanita?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd