• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pemain Import Baharu Kedah Ikat Kontrak

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua pemain import baharu Kedah iaitu bekas pemain kelab Ponferradina dalam Segunda Division B Sepanyol, Pablo Pallares dan pemain kebangsaan Filipina, Alvaro Silva secara rasmi mengikat kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini.

Alviro, 33 dan Pallares, 30 diambil bagi mengisi slot pemain import antarabangsa dan kuota Asia bagi posisi penyerang dan tengah yang ditinggalkan Ken Ilso Larsen serta Zachary Anderson yang tidak disambungkan kontrak bagi musim ini.

Majlis menandatangani kontrak berlangsung di pejabat KFA yang turut dihadiri Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar serta Penolong Pengurus pasukan yang baharu, Haris Che Mat.

Pallares yang mempunyai ketinggian 1.90 meter memulakan karier bersama Akademi Valencia CF dan kelab terakhir diwakilinya ialah kelab Ponferradina, manakala Alviro juga bekas pemain tengah kelab Hanoi FC di Vietnam tahun lalu, pernah beraksi dalam La Liga Sepanyol bersama kelab Malaga pada 2016.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti seorang lagi pemain sama ada dari Indonesia, Thailand dan Vietnam untuk mengisi kuota ASEAN bagi melengkapkan lima pemain import pada musim ini.

“Kita telah memenuhi empat dari lima kuota pemain import dan dalam masa terdekat ini kita akan penuhi seorang lagi pemain import kuota ASEAN bagi melengkapkan senarai lima pemain import pasukan sebelum sepak mula bermula,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Aminuddin berharap, kedua-dua pemain import baharu ini dapat beraksi dengan cemerlang bersama-sama pemain tengah import Kedah musim lalu, Liridon Krasniqi dan Sandro Da Silva serta pemain-pemain muda tempatan.

“Kita harapkan mereka dapat memberi sumbangan yang besar kepada Kedah bagi membantu skuad Helang Merah mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA serta merampas semula Piala Malaysia pada musim ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd