Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Mohammad Razin Dilantik Ketua...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Mohammad Razin...

Nenek Rayu Menantu Pulang...

KUANTAN - Seorang warga emas hari ini merayu menantu lelakinya berusia 33 tahun...

Skuad Hoki Wanita Sedia...

KUALA LUMPUR - Skuad hoki wanita negara optimis mampu ​​​​melakar kejutan layak ke...

Penganggur Mengaku Bersalah Rompak...

KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada...

Donald Trump Sedia Selesaikan Isu Nuklear

CAMP DAVID – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan kesediaan bersemuka bersama Ketua Korea Utara, Kim Jong-Un dengan harapan ia mampu meredakan krisis nuklear membabitkan Pyongyang.

Kenyataan Trump itu adalah reaksi terbaharu beliau selepas sekian lama saling berperang mulut dengan Jong-Un, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap perang nuklear antara kedua-dua negara.

Dalam percutian rasmi Presiden ke Camp David, Trump, berkata beliau percaya rundingan mampu menyelesaikan pelbagai isu.

“Saya tidak akan teragak-agak melakukannya dan saya tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, persetujuan itu tidak bermakna rundingan terbabit akan dilakukan tanpa sebarang syarat.


Korea Utara dan Korea Selatan masing-masing bersetuju berunding secara rasmi dan Trump melahirkan harapan untuk melihat perbincangan itu lebih daripada sekadar membincangkan penyertaan Pyongyang dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan.

“Saya mahu melihat perbincangan berkenaan lebih daripada hanya membincangkan Sukan Olimpik. Kami juga akan turut serta pada masa yang sesuai,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Kategori