• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara Selepas Bantah Dihantar Pulang

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Dua lelaki etnik Rohingya dihukum penjara seminggu kerana membantah rancangan kontroversi untuk menghantar pulang komuniti itu ke Myanmar, kata polis semalam.

Ratusan pelarian Rohingya memegang sepanduk, melaungkan slogan ketika membantah rancangan itu di beberapa kem penempatan di Cox’s Bazar berhampiran sempadan Myanmar.

Bangladesh menegaskan dalam rancangan itu pelarian dihantar pulang secara sukarela tetapi pihak berkuasa meningkatkan kawalan di kem pelarian.

Abdul Jabbar dan Ali Hossain yang kedua-duanya berusia 60-an dihukum penjara kelmarin selepas didakwa mengganggu ketenteraman awam.

Seorang lagi lelaki yang ditahan ketika bantahan itu dibebaskan dengan syarat tidak terbabit lagi dengan aktiviti aktikerajaan atau tunjuk perasaan.

Bangladesh dijadual memulakan penghantaran pulang ratusan ribu Rohingya pada minggu ini selepas bersetuju dengan Myanmar untuk menamatkan proses itu dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, ia tertangguh selepas Bangladesh mendakwa kedua-dua belah pihak belum bersedia. Myanmar kemudian menyalahkan jirannya itu kerana kurang membuat persediaan.

Hampir 690,000 etnik Rohingya melarikan diri dari kampung halaman mereka di utara Myanmar sejak Ogos lalu selepas operasi tentera membunuh ratusan etnik itu dan membakar kampung. – AFP/BH ONLINE

Tags: Etnik RohingyaMyanmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

Kami Hanya Menumpang Sementara Di Malaysia, Nanti Kami Akan Pulang Ke Myanmar – Majlis Ulama Rohingya

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Rohingya (MUR) menegaskan komuniti Rohingya yang berada di Malaysia tidak berniat untuk menetap...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd