• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Solat Dhuha Jika Lewat Ke Sekolah

oleh
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA sebelum ini denda-denda yang dikenakan terhadap pelajar menjadi isu besar, namun Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam telah melakukan pendekatan baharu demi kebaikan semua.

Pihak sekolah ini telah memperkenalkan denda yang agak unik dan rare kepada mana-mana pelajar yang hadir lewat ke sekolah bagi memberi pengajaan kepada mereka dan dalam masa yang sama mendidik pelajar menjadi umat Islam yang cemerlang.

Menurut pengetuanya, Siti Salmiah Yaakob, pelajar yang hadir lewat ke sekolah akan dikenakan denda dengan mengerjakan solat sunat Dhuha di tapak perhimpunan.

Difahamkan juga budaya seperti itu sudah diamalkan sejak beberapa tahun lalu dan dia tidak menyangka bahawa ‘denda’ itu telah tular di media sosial sehingga mendapat pujian daripada ramai ibubapa dan netizen.

“Sebelum ini, mereka yang lewat ke sekolah akan diminta menunaikan solat Dhuha di surau.

“Cuma, baru-baru ini denda itu dilakukan di dataran perhimpunan pada hari kedua sekolah dibuka. Sepatutnya, pelajar teruja nak ke sekolah masa awal-awal tahun, tapi mereka datang lambat pula,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Sekolah berkenaan mempunyai bilangan pelajar seramai 2,000 yang mana terdiri daripada pelajar daripada Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.

Posting itu telah dimuat naik oleh seorang netizen yang juga seorang ibu, Eizan Ariffin di akaun Facebook miliknya pada 3 Januari lalu kerana berasa terharu dengan jenis ‘denda’ yang digunakan oleh pihak sekolah tersebut.

Tambah wanita yang menjadi pengetua sekolah berkenaan sejak tahun 2016 itu lagi, pada hari tersebut, hampir 50 orang pelajar didenda dan alasan yang diberikan oleh mereka ialah kerana lewat bangun dan singgah untuk makan pagi di gerai berhampiran kawasan sekolah.

“Bila mereka bagi alasan bangun lambat, jadi kita anggap mungkin mereka tidak solat Subuh.

“Pihak sekolah denda tunaikan solat Dhuha dengan harapan solat-solat sunat ini dapat ‘top-up’ mana-mana amalan yang kurang,” ujarnya lagi.

Tak dinafikan jika denda seperti ini dilakukan di kebanyakan sekolah, pasti isu ‘denda yang tidak munasabah’ tidak akan menjadi seperti trend masa kini. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: contohdendaperkara baiksolat dhuha
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd