• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah Yang Membantu Menumbuhkan Gigi Baru

oleh
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANGGIH… Menurut kajian yang dilakukan oleh portal NewsWeek, rata-rata sebanyak 86 peratus orang dewasa berusia antara 20 hingga 39 tahun mempunyai masalah kerosakan gigi.

Justeru, pihak saintis telah berusaha keras dan akhirnya menemui satu kaedah baharu untuk merawat masalah itu dengan hanya menggunakan ubat yang digunakan oleh pesakit Alzheimer.

Selalunya doktor gigi akan menampal ruangan lubang di gigi pesakit dengan menggunakan simen yang berasaskan silikon sebagai cara membersihkan bahagian yang rosak itu lalu digerudi untuk menempatkan tampalan tersebut.

Namun, lama-kelamaan tampalan itu akan terhakis apabila pesakit sering makan makanan keras ataupun kenyal malah akan meningkatkan lagi risiko serta jangkitan dan akhirnya gigi tersebut akan kembali rosak.

Pakar saintis telah membuat kajian lalu mereka telah menemui ubat yang dipanggil Tideglusib.

Ubat tersebut sememangnya digunakna untuk pesakit Alzheimer dan ia turut digunakan untuk membaiki pertumbuhan gigi semula selain membaiki rongga yang rosak.

Setiap gigi terdiri daripada dua jenis galian yang berlainan. Lapisan luar adalah lapisan yang nipis dan dikenali sebagai enamel yang akan melindungi gigi.

Manakala di bawah enamel, terdapat lapisan tebal dipanggil dentine dan ia akan melindungi tisu lembut atau dikenali sebagai pulpa di bahagian bawah.

Jadi, Tideglusib berfungsi untuk merangsang sel stem pada pulpa gigi dan sebagai sumber dentine yang baharu.

Dentine juga merupakan bahan mineral yang terdapat di bawah enamel gigi dan ianya boleh dimakan oleh kerosakan gigi.

Cara rawatan itu ialah dengan memasukkan satu span kecil biodegradable (tidak mempunyai toxik) yang diperbuat daripada kolagen dan telah direndam di dalam Tideglusib ke dalam rongga.

Pertumbuhan dentin akan memakan masa selama enam minggu dan kerosakan itu telah dapat diperbaiki apabila struktur daripada kolagen dari span itu cair, ianya akan membuat gigi kuat.

Bagaimanapun, setakat ini prosedur tersebut hanya digunakan pada gigi tikus.

“Kami menggunakan ubat yang telah diuji dalam ujian klinikal untuk pesakit Alzheimer dan ia membuktikan peluang nyata bahawa rawatan pergigian ini berjaya,” kata profesor merangkap pengarang utama King’s College London Dental Institute, Paul Sharpe dipetik daripada portal WeForum.

Dalam masa sama ianya merupakan satu kemudahan ideal untuk digunakan sebagai produk pergiginn klinikal bagi rawatan semula jadi rongga besar dengan menyediakan perlindungan untuk pulpa serta pemulihan dentin. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: dadahKing’s College London Dental Instituterawatan gigi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd