• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Didakwa Bunuh Isteri

oleh Ahmad Albab
19/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya pada 11 Jan lalu.

Tertuduh Mohd Fadil Zainan, 41, didakwa dengan niat membunuh Noorwaheedah Abdul Wahid, 38, di Matang di sini, kira-kira 8.30 malam.

Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Hairol Jemain tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 19 depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 14 Jan lalu, media melaporkan Mohd Fadil memukul dengan cara menumbuk isterinya sehingga meninggal dunia kerana dipercayai mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

Noorwaheedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh kira-kira 9.30 malam pada 13 Jan lalu akibat trauma benda tumpul. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd