• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tidak Pilih Kasih Hulur Bantuan Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau ‘pilih bulu’ dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat negara ini, kata Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan diberikan secara sama rata tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun parti politik keluarga penerima.

“Bersyukurlah kepada Allah SWT di atas rezeki yang diterima kerana masih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti anak-anak di negara yang bergolak.

“Melalui pengalaman saya sendiri selaku Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yang menghantar bantuan ke negara bergolak seperti Palestin dan Rohingya, negara kita jauh lebih baik dan kita seharusnya sentiasa bersyukur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan persekolahan ‘Happy to School’ kepada 2,000 murid sekolah rendah dalam Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.

Majlis penyampaian itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Anggota Parlimen Pekan.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata rakyat juga seharusnya ‘membuka mata’ dalam melihat semua usaha BN yang sarat dengan kebajikan.

“Program ‘Happy to School’ bukan setakat Parlimen Pekan sahaja, tetapi menjelajah ke 78 Parlimen di seluruh negara termasuk 12 kawasan Parlimen di Sabah.

“Saya berharap semua bantuan ini dapt dimanfaat bagi memastikan keperluan pelajaran anak-anak sentiasa terjaga walaupun kita menghadapi kesulitan dan ujian dalam kehidupan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanBN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd