Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Pengurangan Caruman KWSP: Ekonomi...

KUALA LUMPUR -Pengurangan potongan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelepasan...

Status Individu Non Muslim...

STATUS  yang dimuat naik seorang lelaki berbangsa India di laman sosialnya mendapat perhatian...

Wanita Maut Kemalangan Selepas...

KEMAMAN - Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua ahli keluarganya...

Perempuan Simpanan Bunuh Kekasih...

PEREMPUAN ini memang kejam. Dia sanggup membunuh kekasihnya, isteri dan turut melemaskan dua...

Bitcoin Dilarang, Kata Mufti Besar Mesir

PENGGUNAAN bitcoin dilarang dalam Islam, kata Mufti Besar Mesir yang turut memberi amaran mata wang maya itu boleh digunakan untuk kegiatan jenayah.

Shawqi Allam dalam keputusannya berkata, bitcoin menimbulkan “risiko tinggi kepada individu dan negara.”

Ia boleh menyediakan “sumber kewangan yang stabil dan selamat untuk pengganas dan kumpulan jenayah,” katanya.

Pengeluaran mata wang adalah “hak mutlak” institusi kewangan dan “satu daripada fungsi paling khusus negara,” katanya.

Bitcoin adalah mata wang maya yang dihasilkan daripada kod komputer. Ia dan mata wang maya lain menggunakan ‘blockchain’ yang mencatatkan transaksi.


Mata wang siber ini boleh dikemas kini dalam masa nyata pada lejar atas talian yang dikendalikan oleh rangkaian komputer.

Nilainya melonjak setinggi AS$19,500 (RM77834.25), Disember lalu daripada kira-kira AS$1,000 (RM3991.50) pada Januari 2017.

Namun, nilainya menurun sejak beberapa siri amaran daripada kerajaan dan penganalisis berhubung risiko dan ketidaktentuan kriptografi. – AFP/myMetro Online

Kategori