• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Saman Zunar Terhadap KPN 9 April

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes saman kartunis Zunar terhadap Ketua Polis Negara dan 19 yang lain kerana mendakwa ditahan secara salah dan buku karyanya dirampas pada satu majlis tahun lepas ditetapkan selama lima hari bermula 9 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu ketika prosiding di dalam kamar selepas proses mediasi yang dicadangkan kepada Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarule Haque selaku plaintif dan defendan sebelum ini gagal.

Peguam Latheefa Koya, yang mewakili Zunar, berkata kepada pemberita bahawa mahkamah menetapkan perbicaraan selama lima hari pada 9, 10, 16, 17 dan 18 April. Turut hadir Peguam Kanan Persekutuan, Safiah Omar yang bertindak bagi pihak Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia, 16 anggota polis dan dua pegawai polis selaku defendan.

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 16 Ogos 2017, Zunar mendakwa majlis minum petang anjurannya di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH) pada 17 Dis lalu diserbu pihak polis sebelum acara bermula pada jam 3 petang dan buku serta baju-T miliknya dirampas.

Beliau juga mendakwa pihak polis turut menangkap pembantunya dan dua orang awam yang menghadiri majlis terbabit, bagaimanapun enggan memberikan maklumat mengenai alasan tangkapan dan rampasan, ketika serbuan dilakukan.

Selain itu, Zunar juga mendakwa, sejumlah 1,187 naskhah buku dan 103 helai baju-T dirampas dan polis memaklumkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen).

Zunar menuntut daripada defendan, ganti rugi khas RM22,388 atau secara alternatif

memulangkan buku dan baju-T yang dirampas, ganti rugi penangkapan secara salah, ganti rugi kecuaian, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta perisytiharan bahawa defendan memungkiri kebebasan asasi plaintif. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd