• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai Tadbir Kanan ICSU-ROAP Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Serantau International Council for Scientific Union untuk Asia Pasifik (ICSU-ROAP) di bawah Akademi Sains Malaysia (ASM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya serta terlibat dalam perbuatan rasuah dan penyelewengan dana.

Menurut sumber SPRM, lelaki berumur 44 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berumur 57 tahun di sebuah kondominium di ibu negara pada 11.30 pagi tadi.

Pegawai itu dipercayai telah memalsukan tandatangan bagi mendapatkan kelulusan ASM untuk menjalankan program anjuran ICSU-ROAP yang diuruskannya.

“Pegawai terbabit yang dilantik secara kontrak sejak 2008 telah bersubahat dengan rakannya, bagi menyeleweng dana tersebut lebih kurang RM3 juta sejak 2012 hingga 2017.

“Rakannya telah menyamar menggunakan gelaran sebagai seorang profesor lestari dari universiti tempatan yang kononnya merupakan seorang ahli Sains yang mewakili negara ke program yang diadakan di luar negara anjuran ICSU-ROAP,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki tersebut sememangnya bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan kewangan ICSU-ROAP.

“Pegawai itu dipercayai telah memalsukan tandatangan Pengarah ICSU-ROAP dan Pengurus Program ICSU-ROAP dalam dokumen-dokumen tuntutan bagi pelaksanaan 73 program di dalam dan luar negara yang dianjurkan oleh ICSU-ROAP.

“Pegawai tersebut didapati telah mengemukakan invois, bil-bil hotel, tiket penerbangan dan lain-lain dokumen yang disyaki palsu bagi menyokong perbelanjaan program sedangkan ada sesetengah perbelanjaan tidak wujud dan ia bertujuan untuk mendapatkan semula wang tersebut dengan menyalurkan ke akaun peribadi beliau,” kata sumber berkenaan.

Lelaki itu juga didapati telah mengada-adakan kewujudan seorang akauntan ASM palsu kononnya membenarkan bayaran lebihan seperti hotel dan tiket penerbangan itu dikembalikan dan dimasukkan ke akaun peribadinya, menurut sumber itu.

Difahamkan, dana untuk ICSU-ROAP disalurkan daripada ICSU-Paris sebanyak Euro 75 juta (RM361 juta) dan RM1 juta daripada Kementerian Kewangan yang disalurkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kepada ASM setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd