Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Tiga Exco PAS Menjunjung...

SHAH ALAM - Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada PAS hari ini menjunjung...

Lebih RM2.2 Juta Untuk...

KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu mengagihkan lebih RM2.2 juta kepada 21,299 bayi...

Kepimpinan Bersatu Di Sabah...

KOTA KINABALU - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah mengumumkan keluar...

Peluang Pekerjaan Dalam Negara...

KUCHING - Peluang pekerjaan sentiasa terbuka luas di negara ini dan kerajaan menjalankan...

Banjir Kilat Melanda Kawasan Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Hujan lebat yang berterusan lebih empat jam sejak 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat dengan beberapa laluan utama mengalami kesesakan trafik.

Antara kawasan yang terjejas adalah di Petaling Jaya, Rawang dan Gombak, menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri.

Beliau berkata kesesakan lalu lintas berlaku akibat air bertakung di beberapa laluan utama seperti di Jalan Persiaran Surian di Petaling Jaya dan Jalan B27 berhampiran Jusco Rawang.

“Kesesakan berlaku lebih tujuh kilometer akibat laluan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. Ini berpunca daripada hujan yang terlalu lebat dan berterusan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu, enam rumah di Fasa Empat, Taman Rahmat Jaya, Gombak turut ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter akibat limpahan air dari Sungai Kuang yang melepasi had ban sedia ada di taman berkenaan. – BERNAMA

Kategori