• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: 373 Orang Berada Di PPS Di Mersing, Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 373 orang melibatkan 93 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi dipindahkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pagi ini ekoran banjir yang melanda daerah itu sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 8 pagi, kawasan terjejas di Mersing melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Beliau berkata di Kota Tinggi, kawasan terjejas melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

“Tujuh PPS dibuka di Mersing yang menempatkan 339 orang melibatkan 84 keluarga iaitu Balai Raya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Balai Raya Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah,” katanya menerusi kenyataan.

Ayub berkata dua PPS dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Surau Sungai Buntu yang menempatkan 34 orang melibatkan sembilan keluarga.

Beliau berkata keadaan dilaporkan masih hujan di Mersing.

Sehubungan itu, pemantauan banjir berterusan pelbagai agensi yang terlibat sedang dilakukan di kedua-dua daerah termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Jabatan Pengairan dan Saliran. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd