• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Baki RM3 Pakcik Kantin Tu Ambik”

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu yang kesal dengan tindakan peniaga kantin di sekolah ‘merembat’ RM3 milik anak perempuanya berusia 8 tahun.

Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Laila Abdul Wahab, dia mendakwa anaknya, Farisyah, telah dianiaya oleh peniaga berkenaan ketika sedang membeli makanan pada waktu rehat persekolahan.

Biarpun RM3 itu jumlah kecil namun menurutnya jika perbuatan itu dibiarkan, lebih ramai lagi murid yang akan menjadi mangsa.

Berdasarkan video soal jawab di antara Laila dan anaknya itu, Laila telah memberikan wang sebanyak RM5 kepada anaknya itu untuk dibuat belanja.

Si kecil itu kemudian memberitahu dia telah membelanjakan RM2 untuk membeli nasi ayam dan air milo yang masing-masing berharga RM1.

Ketika menerima baki bayaran daripada RM5 itu, Farisyah kemudian meletakkan baki RM3 yang diterimanya seketika di atas meja kerana mahu menutup botol airnya.

Namun secara tiba-tiba pekerja kantin terbabit mengambil wangnya itu.

Apabila ditanya mengapa tidak menuntut kembali wangnya itu, Farisya hanya menjelaskan dia malu untuk berbuat demikian.

“Itu duit pakcik ke atau duit Farisyah?” soal ibunya yang kemudian dijawab Farisyah dengan menepuk dada sendiri bagi memberitahu wang tersebut merupakan miliknya.

Di penghujung rakaman video, Farisyah sempat memberitahu pekerja kantin berkenaan merupakan seorang lelaki India dan bukannya lelaki Melayu seperti yang disangkakan oleh Laila.

Rakaman berdurasi satu minit 36 saat itu turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita itu memanjangkan perkara tersebut kepada pihak sekolah bagi elak perkara seperti ini kembali berulang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kantin SekolahSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

Pelajar 16 Tahun Bawa Mercun, Kapak Ke Sekolah, Guru Wanita Cedera

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didakwa membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd