• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas Melayu “Menang Sorak Kampung Tergadai”

oleh Ahmad Albab
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Apa gunanya orang Melayu beragama Islam bergembira Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika kemenangan itu ibarat “menang sorak kampung tergadai” buat mereka?

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh yang akan berkuasa dalam Kerajaan Perak jika Pakatan Harapan menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bukan Melayu dan Islam.

“Bekas Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak mungkin boleh ceritakan bagaimana Pakatan Rakyat Perak dulu beroperasi dari Pejabat PAS Perak dan Setiausahanya adalah Dr. Khairudin Abdul Malek.

“Bandingkan pula Pakatan Harapan Perak kini beroperasi dari Pejabat DAP Perak dan Setiausahanya Timbalan Setiausaha Agung DAP, V.Sivakumar. Teringat pula saya kepada peribahasa “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi”,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 25 Januari lalu bahawa Perak dan Kedah sudah pasti akan diperintah oleh Pakatan Harapan pada PRU14.

Mynewshub baru-baru ini melaporkan sudah terang lagi bersuluh Perak bakal dikuasai oleh parti DAP sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi negeri itu dalam PRU14.

Ia berikutan kajian Kamarul yang mendapati DAP diberi paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak untuk ditandingi iaitu 18 kerusi.

Ia memberi gambaran bahawa DAP yang akan menjadi pemegang kuasa sebenar di Perak kalaupun bukan wakil rakyat parti cauvanis itu diletakkan sebagai Menteri Besar.

Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan PPBM. Ketua pakatan pembangkang tersebut adalah parti DAP.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP dan PKR bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan pada tahun 2016 untuk menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang.

PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang tidak disenangi oleh kedua-dua parti sekular liberal berkenaan.

DAP dan PKR kemudian membantu beberapa bekas pemimpin PAS menubuhkan parti Islam baru yang patuh dan tunduk kepada agenda DAP dan PKR atas nama Islam progresif iaitu PAN.

Setahun kemudian, DAP berjaya menghasut Tun Mahathir Mohamad yang tidak puas hati dengan Kerajaan Persekutuan kerana kepentingan kroni dan peribadinya tidak dipenuhi menyertai Pakatan Harapan.

Sejak itu Mahathir dan parti baru beliau, PPBM dipergunakan Pakatan Harapan terutama DAP untuk memujuk orang Melayu terutama di kampung-kampung menyokong pembangkang. – Mynewshub.cc

Tags: Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd