• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota PBS Perlu Bijak, Fokus Kepada Perjuangan

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu anggota parti bertindak bijak serta tidak goyah dalam memastikan perjuangan dan matlamat parti tercapai.

Katanya perpaduan bukan sahaja memperkukuh jentera parti tetapi juga menyediakan anggota untuk mendepani cabaran khususnya ketika pilihan raya semakin hampir.

“Kita perlu mengambil langkah yang bijak untuk memperkukuh jentera pilihan raya kita dan bersedia dengan apa juga yang menunggu.

“PBS telah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya tiga dekad lalu namun saya bangga kerana kita kekal fokus dalam perjuangan kita serta mempertahankan hak Sabah dan anak-anak Sabah yang sentiasa menjadi teras perjuangan kita,” kata Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Berucap semasa melancarkan bengkel persediaan pilihan raya selama tiga hari di sini, beliau berkata adalah amat penting untuk mengekalkan hubungan baik dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain bagi memastikan kemenangan besar gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata walaupun PBS telah meletakkan asas yang kukuh selama ini, anggota dan pemimpin tidak boleh lalai, sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi memastikan rakyat, khususnya generasi muda memahami misi dan perjuangan parti.

“Pemimpin dan anggota PBS jangan sekali-kali culas (dalam perjuangan parti). Kita mesti memperkukuh perpaduan kita bagi mengatasi cabaran termasuk pengaruh parti (politik) lain yang cuba memesongkan kita dan meninggalkan gabungan.

“Kita mesti tanya diri sendiri sama ada kita sudah bersedia menghadapi cabaran yang menunggu… saya percaya kita sudah bersedia kerana kita tidak pernah berhenti daripada memperjuangkan matlamat demi kebaikan negeri dan rakyat,” katanya.

Pairin berkata PBS perlu bekerja keras untuk mempertahankan 18 kerusinya termasuk lima kerusi parlimen serta merampas kembali kerusi yang tewas pada pilihan raya umum lalu. – BERNAMA

Tags: PBSTan Sri Joseph Pairin Kitingan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

05/01/2023
0

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) hari ini menyatakan...

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

31/08/2022
0

BALING: Tindakan pantas seorang pemandu kereta memaklumkan terdapat percikan api di belakang sebuah bas yang diekorinya berjaya menyelamatkan seorang pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd