Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Anak Tempatan Calon Terbaik...

KUALA KANGSAR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Laporan Akhbar Tidak Adil...

LAPORAN tidak adil media menjadi pencetus "api perkauman" apabila memaparkan pemain bola sepak...

Kereta Curi ‘Terbang’ Rempuh...

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Kia Forte berwarna putih dipercayai dicuri 'terbang'...

Wanita Tertangkap Laku Hubungan...

SEORANG wanita dari Queensland, Australia bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak polis berjaya...

Aliff Syukri Berkain Pelekat Dapat Balik Roll Royce Disita

CERIA… Semua maklum kereta Roll Royce milik usahawan kosmetik Terlajak Laris, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ditahan di ibu kota pada ambang Tahun Baru 2018 kerana pelbagai kesalahan.

Kenderaan mewah berkenaan malahan disita pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dalam Op Patuh di Jalan Bangsar, lewat Ahad lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Susulan insiden tidak dijangka itu, bos D’herbs Holding Sdn. Bhd. itu yang kebetulan berada di Bali, Indonesia atas urusan perniagaan terpaksa bergegas pulang ke tanah air untuk menguruskan kes tersebut dengan peguamnya.

Aliff Syukri bahkan merendah diri memohon maaf kepada semua netizen yang dilaporkan ‘seronok’ mengutuk beliau ekoran peristiwa berkenaan konon sering berlagak mewah dengan kekayaan tetapi gagal menyelia aset sendiri.

Namun lewat Khamis, netizen gempar pula apabila satu rakaman video berdurasi 1 minit menunjukkan Aliff Syukri bersahaja tampil berkain pelekat ceria menerima kembali Roll Royce model Dawn bernilai lebih RM4 juta itu.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki dipanggil sebagai Abang Long terlebih dahulu memaklumkan Aliff Syukri bahawa keretanya itu ‘tidak disita’ sebelum beliau dengan wajah senyum menaiki kenderaan tersebut.

Apa yang menimbulkan pertanyaan ramai netizen apabila Aliff Syukri berulang kali memberitahu menerusi video itu konon keretanya tidak disita namun beliau tidak pula dedah bagaimana memperoleh semula Roll Royce berkenaan.


Untuk rekod, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi sendiri mengesahkan kereta tersebut disita dan pihaknya sudah menghantar notis kepada pihak D’Herbs pada 2 Januari lalu untuk hadir bagi membantu siasatan.

Ini kerana kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat berkenaan dan Roll Royce terbabit cuma boleh dipulangkan setelah Jabatan Imigresen menyelesaikan dokumentasi terhadap dua warga Australia yang menggunakan kereta itu.

Ismail turut memaklumkan bahawa pemilik juga perlu bayar perbezaan caj antara Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak yang digunakan kenderaan mewah tersebut dengan kadar sebenar LKM Semenanjung bernilai RM20,000.

Justeru, ramai netizen menempelak Aliff Syukri seolah-olah beliau tidak bersalah apabila mendakwa keretanya tidak pula disita pihak JPJ, walhal berita mengenai kes tersebut disiarkan secara meluas oleh semua media tempatan.

Mungkin juga Aliff Syukri sekadar berseloroh dalam rakaman video berkenaan kerana terlalu gembira mendapat semula kereta itu sampaikan beliau hanya berkain pelekat ketika menaiki Roll Royce tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori