Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Sistem Tenaga Solar Mungkin...

JOHOR BAHARU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang mengkaji kemungkinan memasang...

TDM Tubuh Lembaga Siasatan...

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan insiden kematian seorang pegawainya ketika...

Suruhanjaya Pilihan Raya Terima...

KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini menerima sebanyak 56 bantahan termasuk...

Akta Baharu Ganti Akta...

KUANTAN - Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dimansuhkan dan diganti dengan akta...

“Aku Mungkin Tak Laku, Tapi Aku Bersyukur” – Altimet

PENYANYI berbakat besar pasti akan mementingkan kualiti lagu mereka berbanding dengan kuantiti lagu yang dikeluarkan setiap tahun.

Disebabkan sering fokus penghasilan lagu yang berfaedah dan ada unsur maksud positif, penyanyi rap Altimet telah ditanyakan soalan kurang bijak daripada seorang netizen di ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Individu itu pada Isnin lalu dengan tanpa rasa segan silu mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan adakah lagu ciptaannya sudah tidak laku pada masa kini.

Altimet atau nama sebenarnya, Ahmad Abdul Rahman, 40, dengan tenang terus menjawab soalan itu dengan kata-kata penuh isi.

“Mungkin lagu-lagu aku dah tak laku dah. Kalau bandingkan dengan beberapa artis lain memang lagu aku tak laku. Pokoknya pendapatan aku cukup untuk makan minum family aku.

“Kami pun dah hampir habis bebas hutang, ada hartanah, simpanan hari tua. Jadi cakap lah apa korang nak cakap. Rezeki aku tetap ada,” balasnya semula.

Dalam masa yang sama, Altimet turut mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang yang kaya tetapi tidak sehingga tidak cukup duit untuk makan.

Tetapi dengan wang simpanannya selama bergelar penyanyi itu telah digunakan untuk simpanan keluarganya suatu hari nanti.

“Tiap-tiap hari aku keluar rumah aku doa dapat rezeki cara halal, untuk aku dan masa depan keluarga aku.

“Maafkan aku sebab aku guna duit lebih aku untuk simpanan hari tua melalui amanah saham. Maafkan aku sebab aku guna duit pendapatan aku untuk bayar hutang aku dengan lebih cepat,” tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun, sebelum ini, Altimet pernah menyuarakan hasratnya untuk bersara daripada dunia seni selepas lebih 10 tahun menjadi penyanyi rap.


Hasratnya itu akan tetap diteruskan walaupun rezekinya semakin melimpah ruah sejak kebelakangan ini.

Namun penyanyi kelahiran negeri Selangor itu masih akan menulis serta menghasilkan lagu bagi penyanyi lain.

27 November akan datang merupakan tarikh akhir dia akan membuat sebarang persembahan ataupun merakamkan lagu kerana tarikh itu merupakan lahirnya yang ke-40.

Selain itu, dia juga mengakui bahawa dirinya bukanlah seorang selebriti yang gemar untuk menayangkan harta benda di media sosial demi untuk mendapat perhatian daripada peminat.

“Aku tahu ramai orang kita tak nak lihat artis-artis kita berperangai macam aku, sebab perangai aku ni membosankan.

“Diorang nak tengok artis pergi melancong, beli kereta lawa, beg mewah. Betul kan?” tulisnya lagi.

Kini, penyanyi lagu Amboi itu sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi pertandingan akhir di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pada Februari ini.

Dia juga menjadi salah seorang barisan pelakon serta terlibat dalam penulisan lagu bagi teater muzikal Ola Bola.  MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori