• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Pasukan Amatur Beraksi Pada Piala FA 2018

oleh AK-47
16/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Saingan Piala FA 2018 akan diserikan dengan penyertaan sembilan pasukan amatur yang bakal beraksi buat kali pertama dalam pertandingan melibatkan format kalah-mati itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata sembilan pasukan itu akan beraksi menentang tujuh pasukan Liga FAM dalam perlawanan playoff awal 16 pasukan, sebelum undian utama Piala FA 2018 yang akan dibuat dalam masa terdekat.

“Ada kemungkinan menyaksikan dua pasukan amatur akan bertemu satu sama lain dalam aksi playoff dan salah satunya akan pasti beraksi di undian utama Piala FA di mana pasukan ini berpeluang bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT). Ia menjadi impian besar buat pasukan-pasukan amatur ini.

“Satu perkara yang boleh memberi sedikit visi dan harapan kepada mereka untuk mendapat peluang menguji diri mereka dengan pasukan-pasukan yang dianggap pasukan gergasi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat pengelolaan Liga Divisyen 5 (M5) 2018 di sini, hari ini.

Sembilan pasukan yang dijangka menyertai kejohanan itu ialah SRCC Kuala Lumpur, Majlis Daerah Jempol, Axis-02 FC, CNA FC, Persada Integriti Bersatu (PIB) FC, Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Invictus FC, Jerantut FA dan Southern FC.

Sementara itu, Kevin berkata pihaknya sedang dalam proses merangka perancangan jangka panjang 10 tahun untuk memperkasa Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan saingan Divisyen 4 dan 5, masing-masing akan dikenali sebagai M4 dan M5, yang akan menjadi pelengkap kepada struktur liga tersebut.

Kevin berkata M5 yang akan membuka tirai tahun ini, merupakan gabungan liga amatur, sebelum ini dikenali sebagai liga negeri dan liga sosial, yang akan diadakan di peringkat negeri untuk mengenal pasti 24 pasukan bagi saingan M4 bermula pada 2019.

“Buat masa ini kita hanya ada 16 liga M5. Pada masa akan datang berkembang menjadi 24 dan seterusnya 32 liga. M4 akan terbentuk daripada pemenang-pemenang M5 ini. Kita juga dalam proses untuk menjadikan M4 sebagai pelengkap bagi Liga FAM (Divisyen 3).

“Dua pasukan terbaik M4 akan mendapat peluang naik ke Liga FAM, manakala dua pasukan tercorot akan turun ke M4 seperti dalam Liga Super (Divisyen 1) dan Liga Premier (Divisyen 2 ) serta Liga FAM.

“Bagaimanapun, ia perlu mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi FMLLP, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kevin RamalingamPiala FA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala FA: Tok Gajah Singkir Juara Bertahan, Kedah

18/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Finalis 2017, Pahang berjaya membalas dendam terhadap juara bertahan, Kedah selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0, sekali gus...

Kedah Bergelut Menang Tipis 1-0 Dengan N.Sembilan

03/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd