• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Cedera Dalam Kemalangan Bas, Treler Di Rembau

oleh Ahmad Albab
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Kilometer 232.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, Rembau awal pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata dalam kejadian 3.53 pagi itu, bas yang dinaiki 30 warga Bangladesh terbabit telah merempuh sisi kanan belakang treler di laluan kiri lebuh raya berkenaan.

“Seorang penumpang cedera parah, manakala lapan yang lain cedera ringan termasuk pemandu. Kesemua 30 mereka termasuk pemandu dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan.

“Bas berkenaan dipercayai dari Johor Bahru menuju ke Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur. Punca kemalangan belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Tampin dan Alor Gajah, Melaka, setengah jam kemudian. – BERNAMA

Tags: kemalangan basmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd