KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan peningkatan sekali ganda dengan 4, 851 orang dipindahkan sehingga pukul 7 malam ini berbanding hanya 2,061 orang tengah hari tadi.
Menurut portal infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM), lima daerah terjejas banjir iaitu Maran, Jerantut, Kuantan, Rompin dan Pekan.
“Dua PPS yang dibuka di Maran ialah Surau Kampung Bintang dan Kampung Baru Sungai Chedong masing-masing Menempatkan lima dan 67 orang.
“Di Jerantut, dua PPS dibuka iaitu Dewan Serbaguna Jerantut Feri (11 orang) dan Balai Raya Kampung Besol (lapan orang),” menurut portal berkenaan.
Kuantan merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 3,931 mangsa banjir ditempatkan di 22 PPS iaitu Dewan Orang Ramai Seri Damai (156), dan Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran Kemunting (108).
Sementara di Balai Raya Kampung Paya Bungor pula terdapat 24 orang, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (263), dan SMK Sungai Lembing (empat), SK Kampung Padang (73), SMK Pandan (402), Balai Raya Kampung Pahang (63), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (199), Balai Raya Kampung Tiram (137), SMK Paya Besar (641), dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching (527).
Selain itu di SMK Panglima Perang Tengku Muhamad pula terdapat 26 mangsa banjir , SK Kempadang (41), Wisma Belia (635), Balai Raya Kampung Pasir Kemudi (2), SMK Sains Sultan Ahmad Shah (283), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (35), Balai Raya Kampung Sungai Soi (23), dan Dewan Melati Penjara Penor (5).
Di Rompin, sebanyak 644 orang ditempatkan di sembilan PPS iaitu Dewan Teluk Gading di Tanjung Gemuk (15), Balai Raya Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Kampung Pianggu (72), SMK Pontian Jaya (82), Balai Raya Kampung Sepayang (64), SK Sarang Tiong (159), Balai Raya Kampung Mikang (lima), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (13) dan Balai Raya Kampung Rekoh (56).
Di Pekan, satu PPS beroperasi di SK Merchong Jaya, Nenasi yang menempatkan 204 orang. – BERNAMA

