• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Nelayan Malaysia Bakal Dibebaskan Pihak Indonesia

oleh Ahmad Albab
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam nelayan warganegara Malaysia yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara itu, dijangka dibebaskan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata persetujuan untuk membebaskan nelayan kedua-dua negara itu dicapai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo semasa Rundingan Tahunan ke-12 Malaysia-Indonesia pada November lepas.

“Saya bertemu Duta Indonesia Rusdi Kirana semalam dan ia adalah amat positif. Kedua-dua pihak kini dalam peringkat akhir proses pembebasan yang dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

“Hari ini saya turut mempengerusikan satu mesyuarat penyelarasan bagi memastikan pembebasan nelayan Malaysia dan Indonesia yang ditahan di negara ini berjalan sebaiknya,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada masa ini, enam nelayan Malaysia sedang ditahan di Indonesia manakala 70 nelayan Indonesia pula ditahan di Malaysia atas kesalahan menceroboh kawasan perairan masing-masing ketika menangkap ikan.

Ahmad Shabery berkata beliau akan ke Jakarta minggu depan bagi membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Susi Pudjiastuti untuk memuktamadkan status pembebasan nelayan itu. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd