• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

426 Mangsa Banjir Ditempatkan Di 9 PPS Johor

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lebih 400 mangsa daripada 113 keluarga di Mersing dan Kota Tinggi ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata bagi daerah Mersing, kawasan terjejas masih melibatkan Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan, Kampung Air Tawar, Kampung Pengkalan, Kampung Air Merah dan Kampung Jemari.

Di Kota Tinggi pula, kawasan terjejas masih melibatkan Kampung Bukit Raja dan Kampung Sungai Buntu.

“Tujuh PPS dibuka di Mersing yang menempatkan 393 orang melibatkan 105 keluarga iaitu Balai Raya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan Air Papan, Sekolah Kebangsaan Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah,” katanya menerusi kenyataan.

Ayub berkata dua PPS yang dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia dan Surau Sungai Buntu pula menempatkan 33 orang melibatkan lapan keluarga.

Buat masa ini, pemantauan banjir berterusan pelbagai agensi sedang dilakukan di kedua-dua daerah termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Menurut Jabatan Meteorologi, setakat 5.35 pagi tadi, amaran buruk dikeluarkan bagi daerah Mersing yang menjangkakan hujan lebat berserta angin kencang manakala amaran waspada dikeluarkan bagi daerah Kota Tinggi, Segamat dan Kluang untuk hari ini. – BERNAMA

Tags: Johormangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

Empangan Machap Susut, Johor Laksana Pembenihan Awan Pastikan Bekalan Air Mencukupi

21/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekalan air di Johor masih berada dalam keadaan terkawal meskipun paras Empangan Machap menunjukkan penyusutan susulan cuaca...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd