• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Maut, 80 Cedera Hospital Di Korea Selatan Terbakar

oleh
27/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Sekurang-kurangnya 41 maut dalam kebakaran sebuah hospital di Korea Selatan pada Jumaat, yang disifatkan sebagai bencana kebakaran paling buruk negara ini selama sedekad.

Lebih 80 orang turut dilaporkan cedera dalam kebakaran dahsyat di Miryang, kira-kira 280 kilometer dari ibu kota; pada pukul 7.30 pagi (6.30 pagi waktu Malaysia) yang juga berlaku untuk kali kedua untuk bulan ini.

Rakaman video menerusi media sosial menunjukkan pesakit bergayut pada tali dilemparkan dari sebuah helikopter di atas hospital, sementara seorang yang lain merangkak keluar dari tingkap sebelum turun di tangga berdekatan.

Bangunan hospital setinggi enam tingkat itu juga berfungsi sebagai rumah rawatan. Menurut Agensi Kebakaran Kebangsaan, angka kematian naik dengan cepat disebabkan ramai mangsa dilaporkan amat kritikal ketika ditemui.

“Dua jururawat berkata, mereka melihat api tiba-tiba marak di bilik kecemasan,” kata ketua balai bomba setempat, Choi Man-woo dipetik agensi berita antarabangsa AFP, namun tidak dapat memberitahu punca kebakaran berlaku.

Menurutnya, semua pesakit sudah dipindahkan tetapi proses mengeluarkan 15 pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU) yang ditempatkan di tingkat tiga mengambil masa lebih panjang kerana memerlukan pemantauan staf perubatan.

“Semua mangsa yang maut berada di dalam hospital. Kebanyakan mangsa dari tingkat pertama dan dua hospital. Ada antara mereka meninggal dunia dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital lain,” kata Man-woo.

Sekitar 200 orang termasuk 100 pesakit dilaporkan berada di dalam Hospital Sejong itu apabila kebakaran berlaku, menurut siasatan awal polis. Kejadian tragik tersebut dipercayai berpunca dari wad kecemasan di tingkat satu.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar dengan para penasihat dan mengarahkan siasatan segera terhadap punca kebakaran dan langkah segera diambil bagi mengurangkan kerosakan.

Tragedi malang itu berlaku tidak sampai sebulan selepas satu bencana kebakaran di sebuah pusat kecergasan di bandar Jecheon yang mengorbankan 29 nyawa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Korea Selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd