• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Wanita Ditahan Halang Polis Jalankan Tugas

oleh Ahmad Albab
23/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Empat wanita termasuk seorang ibu berusia 53 tahun ditangkap kerana cuba menghalang polis menangkap anggota keluarganya yang dikehendaki polis kerana disyaki mengedar dadah di Felda Selasih di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata lelaki yang ditangkap itu juga merupakan seorang daripada dua suspek yang diburu polis kerana menggigit tangan kanan seorang anggota polis hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Mohd Zamri berkata sebelum itu kejadian itu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah (BSJND) IPD Besut telah membuat serbuan di belakang sebuah rumah di Felda Selasih pukul 2 petang semalam untuk menahan dua lelaki berkaitan dadah.

“Apabila serbuan dilakukan kedua lelaki berkenaan berumur 53 dan 22 tahun telah melarikan diri tetapi salah seorang daripadanya berjaya ditangkap “, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis menjumpai sejumlah pil kuda di dalam beg yang dipakai di pinggang suspek berumur 22 tahun dan tujuh botol plastik lutsinar dipercayai dadah heroin di kawasan kedua-dua suspek bertemu.

Selain itu turut ditemukan sebuah beg yang mengandungi kad pengenalan dan lessen memandu serta satu botol kecil berisi cecair disyaki dadah.

Mohd Zamri berkata ekoran penemuan beberapa barang yang ditinggalkan itu, polis menggerakkan operasi bagi mengesan seorang lagi lelaki yang terlepas hingga akhirnya berjaya menahannya lima jam kemudian di Kampung Raja.

“Semasa tangkapan dilakukan ke atas suspek kedua inilah menyebabkan keempat-empat wanita yang merupakan ibu dan adik-beradik suspek mengamuk hingga menyemburkan kata-kata kesat dan maki hamun terhadap anggota polis yang bertugas”, ujarnya.

Ekoran tangkapan itu polis juga merampas tiga buah kereta jenis Isuzu Pick-Up, Honda Civic dan Proton Wira serta dua motosikal jenis Yamaha Lagenda dan Honda EX5 di samping wang daripada kedua-dua suspek berjumlah RM600.

Mereka ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala keempat-empat wanita itu pula ditahan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas. – BERNAMA

Tags: polisWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd