• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Individu Terlibat Kes Hilang Kabel TM Direman

oleh Ahmad Albab
14/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Empat individu masing-masing tiga juruteknik dan seorang penjawat awam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah sejak dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Mahkamah Sesyen/Majistret Seremban Emysuriana Ahmad di Mahkamah Khas Reman, pagi tadi sebaik permohonan dikemukakan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim.

Tiga juruteknik pemasangan terbabit dan seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di Johor berumur 23 hingga 32 tahun ditahan SPRM di beberapa lokasi di Johor kira-kira 8 malam semalam.

Mereka disyaki bersubahat dengan kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang menerima rasuah berjumlah RM7,650 untuk membawa keluar drop fiber berjenama Lite Kabel milik TM dan dijual dalam pasaran antara 2016 hingga 2017.

Kesemua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di mahkamah pada 10.51 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada Rabu lepas, SPRM negeri turut menahan tiga suspek masing-masing pengarah syarikat, ahli perniagaan dan juruteknik berhubung kes sama membabitkan nilai rasuah RM4,250 kepada kakitangan TM.

Ketiga-tiga suspek lelaki berumur 30 hingga 47 terbabit direman enam hari hingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut seksyen dan akta sama. – BERNAMA

Tags: Kes Kecurian KabelKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd