JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Segamat tidak berubah iaitu 38 orang dari 11 keluarga setakat 5 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata paras air Sungai Muar di Buloh Kasap, yang terletak berhampiran Kampung Mensudut Lama dan Kampung Balai Badang, masih belum surut iaitu setinggi 8.52 meter.
“Disebabkan paras air belum surut, penduduk tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata dua pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Mensudut Lama dan Sekolah Kebangsaan Balai Badang masing-masing menempatkan 28 mangsa daripada tujuh keluarga dan 10 mangsa daripada empat keluarga. – BERNAMA