• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi, UAE Bersama Malaysia Bantu Rohingya

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan Malaysia membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata persetujuan itu dizahirkan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Putera Mahkota UAE, Putera Sheikh Mohammed Zayed Al-Nahyan, akhir Disember lepas.

“Semasa lawatan saya ke Maghribi, saya sempat menghubungi (menerusi panggilan telefon) kedua-dua putera mahkota itu dan mereka bersetuju untuk bersama-sama kita (Malaysia) membantu pelarian Rohingya di Bangladesh.

“UAE dan Arab Saudi bersetuju untuk menyalurkan sumbangan dan perubatan di Hospital Medan Malaysia di wilayah Cox’s Bazar, Bangladesh dan insya-Allah dalam masa terdekat kita akan melihat tiga bendera iaitu Malaysia, Arab Saudi dan UAE berkibar di bumi Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan van sekolah dan replika cek subsidi tambang bas pelajar Ladang Landak di Paloh, dekat sini, di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas dan Anggota Parlimen Sembrong itu ,berkata bukan mudah untuk tiga negara menggembleng usaha membantu Rohingya, namun, ia dapat membantu meningkatkan imej negara Islam yang selama ini dianggap ektremis, mundur dan bertelagah sesama sendiri.

“Persetujuan sudah dicapai. Kita harap ketiga-tiga bendera sudah dapat dikibar semasa lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kem pelarian itu yang dijangka pada bulan ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai lawatan ke Maghribi pada 22 hingga 24 Dis lepas, beliau berkata negara itu dilihat boleh menjadi pintu masuk Malaysia dalam membina hubungan dengan negara baharu kerana kedudukan Maghribi terletak antara beua Eropah, Asia Barat dan Afrika.

Beliau berkata hubungan dengan Maghribi juga dapat membantu Malaysia meningkatkan jalinan risikan dan ketenteraan dalam memerangi keganasan.

Menurut Hishammuddin, lawatan ke Maghribi cukup bermakna dan mendapat penerimaan pihak kerajaan Maghribi dan beliau kagum dengan pengiktirafan dan penghormatan kerajaan Maghribi kepada delegasi Malaysia.

Katanya, kaedah Malaysia menangani keganasan seperti Islamic State (IS), Daesh, keselamatan siber, berita palsu dan sebagainya turut dibincangkan pada lawatan berkenaan.

“Hubungan baik dengan Maghribi membolehkan kita dapat berkongsi pelbagai maklumat risikan dan keselamatan antarabangsa,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishamuddin HusseinIsu Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Cari Jho Low Bukan Elak Disiasat SPRM

30/10/2018
0

KUALA LUMPUR — Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan usahanya untuk membantu kerajaan bagi mencari serta membawa...

Hishammuddin Sedia Bantu Cari Jho Low

22/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara peribadi akan membantu mencari ahli perniagaan, Low Taek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd