• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sekawan Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM32,000

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tiga sekawan yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan polis bersama heroin serta syabu bernilai RM32,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pantai Intan, Butterworth dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu kira-kira 2 pagi dan menahan dua lelaki serta seorang wanita, suspek berumur lingkungan 27 hingga 49 tahun.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, polis merampas tujuh paket heroin seberat 1,745 gram (g) dan tiga paket syabu seberat 0.8g yang semuanya bernilai RM32,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati tiga individu itu mendapatkan bekalan dadah daripada sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual kepada pelanggan mereka di sekitar Butterworth.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti identiti sindiket pengedaran dadah itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Noorzainy berkata tiga individu yang bekerja sebagai buruh dan positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, katanya polis menahan tiga remaja lelaki berusia 17 hingga 21 tahun dipercayai geng pecah rumah dalam serbuan di sebuah rumah di Penaga, di sini awal pagi Khamis.

“Polis mendapat maklumat daripada penduduk di situ memaklumkan ada kejadian pecah rumah di kediaman jiran mereka sebelum kami membuat serbuan serta berjaya menahan tiga remaja tersebut yang sedang mencuri barangan dalam rumah berkenaan,” katanya.

Katanya dua daripada remaja itu positif dadah dan semua mereka yang dipercayai terlibat sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah di daerah SPU kini direman empat hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd