• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Meninggal Dalam Sujud Ketika Solat

oleh
10/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Bukan seorang, tetapi tiga anak dalam sebuah keluarga besar di Makassar, Sulawesi ini meninggal pada usia muda sewaktu bersolat atau dalam posisi sujud, lapor laman detik.com.

Minggu lalu, netizen Indonesia gempar apabila media tempatan melaporkan Allahyarhamah Andi Siti Aisyah Bahar kembali menemui Ilahi dalam keadaan sujud ketika membaca al-Quran selepas menunaikan solat fardu Subuh.

Bagaimanapun menurut ibunya, Andi Ratna, ketika ditemui wartawan portal tersebut di kediamannya semalam, kini sudah tiga daripada lapan orang anaknya yang sudah meninggal dunia juga ketika mereka sedang beribadah.

Wanita tersebut turut mendedahkan bahawa anak kedua dan ketiga beliau turut kembali ke Rahmatullah dalam keadaan ‘husnul khotimah’ atau pengakhiran yang baik sewaktu mereka kebetulan berada di dalam Rumah Allah.

“Abang Siti Aisyah meninggal dalam keadaan sama, ketika sujud. Anak kedua dan ketiga itu juga meninggal di masjid semasa sedang solat,” kata Andi Ratna di Jalan Berua Raya Kompleks Kamaseang, Kecamatan Biringkanaya.

Allahyarham Andi Ibrahim Bahar yang merupakan anak ketiga dan meninggal dunia pada usia 23 tahun semasa sedang melaksanakan iktikaf malam di sebuah masjid, tidak jauh dari rumahnya, pada tahun 2009, lapor detik.com.

Baca: Ajal Bakal Pengantin Ketika Membaca Al-Quran

Seorang lagi abang Siti Aisyah yang meninggal dalam cara serupa ialah Andi Asri Maranti. Namun allahyarham ketika itu menunaikan solat malam, tepat di tahayat akhir. Arwah itu berusia 26 tahun dan merupakan anak kedua.

Insiden unik berkenaan ujar Andi Ratna yang dipetik oleh portal tersebut, berlaku di salah sebuah asrama pesantren iaitu tempat pengajian agama Islam terkenal di kawasan Pondok Gede, Jakarta, pada tahun 2011 lepas.

“Mereka semua meninggal dalam keadaan sujud. Allah SWT lebih sayang mereka semua,” kata Andi Ratna sambil menitiskan air mata ketika bercerita mengenai Allahyarhamah Siti Aisyah atau lebih mesra dikenali sebagai Ica.

Mahasiswi terbaik lulusan institusi pengajian tinggi ternama tempatan, Universitas Hasanuddin pada 2016 baru diterima bekerja di Makmal Penternakan di universiti. Ica merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik

Namun sehari sebelum masuk kerja pada 4 Januari lalu, Ica menghembuskan nafas terakhir. Gadis cantik tersebut yang bakal berkahwin tidak lama lagi, merupakan anak kepada pasangan Haji Andi Bahar dan Hajjah Andi Ratna.

Allahyarhamah yang kebetulan berpuasa sunat Khamis pada hari tersebut baru pulang ke rumah usai solat subuh di masjid dengan ibu bapanya sebelum meninggal ketika membaca al-Quran. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Tags: solatsujud
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

04/11/2022
0

BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kelebihan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd