• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

26 GRO Ditahan Dalam Operasi Bersepadu

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan 26 individu termasuk 10 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di George Town dalam Operasi Bersepadu di daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Anuar Omar berkata dalam operasi bermula pukul 9.30 malam tadi hingga 2 pagi itu, polis menjalankan pemeriksaan di pusat hiburan dan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar daerah berkenaan dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

“Dalam pemeriksaan di dua buah pusat hiburan, polis menahan 10 GRO warga asing dari China, Vietnam dan Thailand yang bekerja tanpa permit serta menyalahgunakan pas lawatan sosial. Kami turut menahan dua lelaki tempatan yang merupakan majikan mereka kerana menggaji warga asing tanpa permit yang sah,” katanya di sini hari ini.

Katanya dalam operasi itu juga, polis turut menahan sembilan lelaki warga asing dari China dan Thailand dalam serbuan di tiga buah pusat urut dan refleksologi dipercayai bekerja sebagai tukang urut di situ.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati sembilan lelaki warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas lawatan sosial serta tiada permit kerja.

Anuar berkata polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemilik pusat urut dan refleksologi itu bagi membantu siasatan kerana menggaji warga asing tanpa permit yang sah.

“Berdasarkan siasatan polis, wanita dan lelaki warga asing itu bekerja di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. Siasatan juga mendapati ada pusat hiburan atau pusat urut tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Katanya dalam operasi yang disertai 240 pegawai dan anggota polis itu, pihaknya turut menahan tiga lagi lelaki dalam operasi itu kerana kesalahan dadah serta memang dikehendaki bersabit kes jenayah.

Beliau juga berkata, sebanyak 292 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya yang dibuat di beberapa lokasi tumpuan di sekitar daerah itu dan 31 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Operasi bersepadu itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran warga asing tanpa izin yang bekerja tanpa permit sah serta kegiatan jenayah terutama membabitkan kes samun, curi dan curi kenderaan di daerah Timur Laut,” katanya. – BERNAMA

Tags: GROpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd