• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 GRO Warga Asing Ditahan Di George Town

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 24 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Kedah dan Jalan Burma, di sini malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM negeri, Khwaja Banthey Navaz Mohd Hanief berkata pihaknya melakukan intipan dan risikan sejak seminggu lepas, sebelum menyerbu dua premis itu bermula 9 malam tadi dan menahan semua GRO terbabit berusia 20 hingga 35 tahun.

“Semasa serbuan itu, mereka sedang ligat menari serta asyik melayan pelanggan dengan aksi ghairah serta seksi. Sebaik mereka menyedari kehadiran penguatkuasa JIM Pulau Pinang ada yang cuba melarikan diri namun gagal kerana kami sudah mengepung kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 21 wanita warga Vietnam dan tiga wanita China itu bekerja sebagai GRO di dua pusat hiburan berkenaan sejak beberapa bulan lepas.

Katanya semua wanita warga asing yang ditahan itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO dan ada juga yang tiada dokumen perjalanan diri.

Khwaja Banthey Navaz berkata semua mereka dibawa ke pejabat JIM Pulau Pinang untuk urusan dokumentasi sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Juru bagi siasatan lanjut.

“Dua lelaki yang juga pengurus dua pusat hiburan itu turut diarahkan hadir di pejabat JIM Pulau Pinang untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata dalam Ops Ikrar yang dijalankan di kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru dan Bukit Jambul dekat sini, bermula 5 petang semalam, pihaknya menahan 32 warga asing termasuk 26 wanita kerana pelbagai kesalahan Imigresen.

“Kami menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah yang didiami warga asing di sekitar kawasan itu dan 75 orang diperiksa sebelum 32 daripadanya ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa serta menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 warga Vietnam, Myanmar (empat lelaki dan empat wanita), China (tiga wanita), Bangladesh (dua lelaki) serta seorang wanita Indonesia.

Katanya berdasarkan siasatan, semua mereka berusia 20 hingga 45 tahun itu bekerja di kilang dan kedai makan sekitar kawasan berkenaan. – BERNAMA

Tags: ImigresenPelacur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

DBKL Siasat Medan Selera Sedia Pakej GRO, Pelacur

22/06/2024
0

Kuala Lumpur : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyiasat premis medan selera di Jalan Kalong, Pudu, yang turut menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd