• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Sekolah Daif Kinabatangan Akan Dibaik Pulih

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Sebanyak 18 sekolah daif di daerah ini akan dibaik pulih menerusi peruntukan RM1 bilion di bawah bajet kerajaan persekutuan tahun ini, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Beliau berkata kebanyakan sekolah menengah dan rendah terlibat adalah di kawasan luar bandar sepertiSekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau, Sekolah Kebangsaan (SK) Sukau, SK Bilit, SK Suan Lamba dan SK Batu Puteh.

Peruntukan daripada kerajaan persekutuan ini membuktikan keperihatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendengar suara wakil rakyat Sabah yang selalu mengemukakan masalah kedaifan sekolah di Sabah di Dewan Rakyat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan SMK Sukau di sini”hari ini.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata komitmen bagi menyuarakan keperluan rakyat kepada kerajaan persekutuan akan terus diperjuangkan khususnya membabitkan prasarana pendidikan.

Kerajaan mempunyai kemampuan untuk menangani kekurangan prasarana pendidikan di negeri ini dan terbukti menerusi peruntukan RM1 bilion yang Najib umum untuk bajet tahun ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Bung Moktar Radin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Wakil Rakyat Lompat Parti Kelirukan Rakyat – Bung Moktar

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka, kata anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd