• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Sekolah Di Pahang Ditutup Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bilangan sekolah yang terpaksa menangguhkan sesi persekolahan 2018 meningkat kepada 15 buah pada hari ini berbanding hanya 11 sekolah semalam berikutan banjir yang melanda negeri ini.

Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, kesemua sekolah terlibat yang terletak di daerah ini, Pekan, Jerantut dan Lipis yang terjejas disebabkan laluan utama dan sekolah terbabit dinaiki air.

“Di Kuantan, sebanyak sembilan buah sekolah yang tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan sejak semalam masih ditutup yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Sungai Lembing, Sekolah Kebangsaan (SK) Nadak.

Ini termasuk SK Sungai Lembing, SK Sungai Emas, SJKC Panching, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) Kuala Reman, SK Panching dan SK Bukit Kuin manakala hari ini tiga lagi sekolah turut tidak beroperasi iaitu SJK ( C ) Yoke Shian, SK, Jaya Gading dan SJK (T) Taman Tas yang menjadikan keseluruhan 12 buah sekolah di daerah ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata dua lagi sekolah yang tidak dapat beroperasi ialah SK Aceh di Pekan yang melibatkan 276 murid dan 28 guru serta SK Gintong di Jerantut melibatkan 28 murid dan 12 guru juga masih belum beroperasi selain tambahan satu lagi SJK( C ) Mela di Lipis turut tidak dapat beroperasi hari ini.

Katanya, kesemua 15 sekolah di empat daerah yang terlibat berkenaan membabitkan seramai 3,132 pelajar, 181 guru dan 19 petugas sokongan.

Terdapat 195 sekolah menengah dengan lebih 110,000 pelajar dan 540 sekolah rendah dengan 150,000 pelajar di Pahang. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd