Saturday, November 9, 2024

Creating liberating content

Kendall Jenner Kembali Bercinta...

MODEL terkenal, Kendall Jenner kini dikhabarkan kembali menjalin cinta dengan bekas teman lelakinya,...

SAR Mangsa Bot Karam...

KOTA KINABALU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan...

WUF9 Jangka Tarik 25,000...

PETALING JAYA – Kira-kira 25,000 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri Forum Bandar...

Hukuman Mati Nagaenthran Dilaksanakan...

Rakyat Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura, Nagaenthran Dharmalingam, menjalani hukuman...

1,360 Mangsa Banjir Berada Di 13 PPS Johor Pagi Ini

JOHOR BAHRU – Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata setakat 8 pagi, seramai 103 mangsa daripda 22 keluarga berada di empat PPS di Segamat, 1,225 mangsa daripada 342 keluarga pula di lapan PPS di Mersing dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS di Kota Tinggi.

Di Segamat, penduduk terjejas adalah dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam manakala di Mersing pula melibatkan Kampung Tenglu Besar, Kampung Air Papan, Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, Kampung Orang Asli Labong, Kampung Air Merah dan Kampung Benaung.

Di Kota Tinggi, penduduk terlibat banjir adalah dari Kampung Perepat, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat ini, dua keluarga dari Kampung Batu 7 Jementah, Segamat dan 183 keluarga dari Kampung Peroh, Kampung Pucor, Kampung Sedohok serta Kampung Berasau di Kluang juga terputus hubungan akibat bencana berkenaan.


Kejadian ini turut mengakibatkan jalan persekutuan menghubungkan Johor Bahru ke Kuantan, Pahang serta jalan negeri menghubungkan Telok Arong ke Tanjung Resang, Endau dan Penyabong ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan akibat runtuhan cerun dan tanah mendap.

Sebagai alternatif, orang ramai yang ingin ke Mersing atau Kuantan, atau dari Mersing hendak ke Johor Bahru dinasihatkan agar menggunakan Jalan Jemaluang- Nitar Utama, sementara untuk ke Tanjung Resang, Endau dan Penyabong menggunakan Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing/Endau-Jalan Air Papan. – BERNAMA

Kategori