• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zurin Sekali Lagi Dituduh Tipu Pelanggan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang pelanggannya hingga kerugian RM5,000, Mac lepas.

Bagaimanapun, Zurina Ahmad Zundi, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.

Mengikut pertuduhan, Zurina didakwa memperdayakan Erhana Nur Asyariqah Saidon, 25, dengan menawarkan pakej perkahwinan murah yang kemudian dengan curangnya mendorong mangsa memasukkan wang tunai berjumlah RM5,00 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Kesalahan itu dilakukannya di sebuah rumah di Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada Mac lepas.

Zurina didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 terhadap tertuduh.

Zurina, yang tidak diwakili peguam, merayu supaya jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan dia baru sahaja membayar wang jaminan bagi kes lain dan sedang berusaha untuk menjual barangan perniagaan bagi melangsaikan hutang para pelanggannya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan 10 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 20 November lepas, Zurina dituduh memperdayakan seorang wanita hingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang berlangsung pada 16 September lepas.

Zurina bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu dan dikenakan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin. – BERNAMA

Tags: mahkamahPerancang Perkahwinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd