• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaid Bakal Dilantik DAP Jadi MB Selangor Baharu?

oleh
12/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… DAP didakwa merancang ‘angkat’ Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu jika Pakatan Harapan (PH) berjaya kekal di negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Perkara rahsia besar itu didedahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos yang memperoleh berita eksklusif tersebut melalui sumber dalaman DAP sendiri, menurut portal tempatan AgendaDaily.

Kata aktivis gerakan Baju Merah itu lagi, ia sekali gus menjadikan misi tersebut tidak mustahil untuk berlaku ekoran DAP diramal mampu raih majoriti terbesar kerusi DUN berbanding sekutunya sendiri iaitu PKR, PAN dan PPBM.

“Pelan DAP, kita tahu Zaid ini adalah orang tegar DAP, perancangan DAP dari dalaman kerana di dalam parti itu sekarang ada orang Melayu, jadi benda ini bocor daripada orang daripada kawan-kawan lain yang ada dalam DAP.

“DAP telah menyusun dan mencipta menteri besar setelah PRU akan datang kerana kita tahu sekarang ini DAP tidak sebulu dengan (Datuk Seri) Azmin Ali dan mahu pilih Zaid sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 selepas PRU ke-14.

“DAP yakin di dalam DUN Selangor ini jika PH berjaya sekali lagi DAP akan ada kerusi paling banyak dan mereka akan tuntut wakil rakyat daripada DAP jadi Menteri Besar,” katanya dalam sidang media di Ampang pada Selasa.

Selangor kini berada di bawah pimpinan Azmin daripada PKR yang dilahirkan di Singapura dan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, sekali gus muncul bukan anak jati Selangor yang pertama dilantik sebagai menteri besar.

Untuk rekod, DAP ‘kempunan’ apabila gagal menamakan mana-mana wakil rakyatnya kerana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri itu mewajibkan calon menteri besarnya mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dalam pada itu, selepas sehari pembebasan daripada tahanan reman polis akibat ugutan terhadap Zaid, Jamal sekali lagi mempersoal mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap ahli DAP itu, waima telah hina Sultan Selangor.

“Saya langsung tidak mempertikai penahanan saya tersebut cuma saya nak tanya kepada pihak polis, bila Zaid akan ditahan?, walhal saya sudah diambil tindakan dengan ditangkap dan dirakam keterangan untuk beri kerjasama.

“Sedangkan Zaid hanya diambil keterangan tanpa ditahan. Saya bukan ingin membandingkan apa-apa tetapi sewajarnya sebagai orang yang mempertahankan kebiadaban beliau terhadap Sultan Selangor,” ujarnya lagi

Semalam, Jamal dibebaskan daripada tahanan reman pihak polis selama dua hari bermula Sabtu lalu atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap kebiadaban Zaid selepas tamat Perhimpunan Agung UMNO 2017 di ibu negara.

Beliau ditahan bagi bantu siasatan kes berkaitan beberapa gimik dibuatnya sebagai reaksi ke atas sikap kurang ajar Zaid sendiri menerusi akaun Twitter miliknya memperlekeh Sultan Selangor menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Zaid mempertikai titah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu menerusi wawancara dua akhbar ternama mengkritik Mahathir sebagai biadab kerana enggan mohon maaf dalam isu sensitif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sultan Selangorzaid ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

Ronnie Liu Junjung Kasih Titah Sultan Selangor, Dakwa 5 Prinsip Rukun Negara Tidak Boleh Difahami Secara Terpilih

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Patik percaya kelima-lima prinsip ini (Rukun Negara) tidak boleh difahami secara terpilih, tetapi perlu dihayati secara menyeluruh...

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

Kalau Tak Faham Lagi, Tak Tahu Nak Cakap Apa – Ridhuan Tee, Firdaus Wong

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan titah Duli Selangor melibatkan pemimpin DAP sebagai sangat jelas dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd