• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujudkan Wakaf Pendidikan Bantu Golongan Tak Mampu

oleh Ahmad Albab
09/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO Johor menyarankan kerajaan mewujudkan mekanisme wakaf pendidikan bagi membantu anak muda Melayu yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran.

Ketua UMNO Bahagian Segamat Zahari Sarip berkata wakaf pendidikan tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa sebagai ganjaran atau penghargaan terutama bagi anak pertama daripada keluarga kurang berkemampuan yang tidak pernah melanjutkan pelajaran ke universiti.

“UMNO Johor ingin mencadangkan konsep wakaf ini kita perluaskan kepada wakaf pendidikan kerana alhamdulillah, masyarakat kita sudah mula sedar tentang kepentingan wakaf.

“Kami harap Kementerian Pendidikan mengambil tugas dan peranan ini untuk mengajak masyarakat menjalankan program wakaf pendidikan kerana jika ia diperluaskan, Johor percaya wakaf ini dapat membantu masyarakat Melayu khasnya melanjutkan pelajaran ke menara gading,” katanya ketika mencadangkan usul agama dan pendidikan pada Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Konsep wakaf pendidikan itu boleh menjadi alternatif bantuan kewangan bagi anak Melayu melanjutkan pelajaran, selain pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sedia ada.

Zahari turut mencadangkan kerajaan tidak meminggirkan sekolah di kawasan pedalaman terutama dalam proses transformasi bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21 selain memastikan prasarana kemudahan wi-fi mencukupi di semua sekolah.

“Kementerian Pendidikan harus melihat bagaimana hendak membantu sekolah di kawasan pedalaman kerana kita tidak mahu sekolah bandar dan pinggir bandar sahaja mendapat nikmat kemudahan bilik darjah pintar pembelajaran abad ke-21, sedangkan matlamat TN50 (Transformasi Nasional 2050) tidak memilih siapa, di mana dan bagaimana,” katanya.

Sementara itu, wakil UMNO Kelantan Amran Arifin berkata Kelantan sudah bersedia untuk menubuhkan universiti al-Quran kerana negeri itu mempunyai banyak tanah.

Menyokong usul itu, beliau berkata UMNO Kelantan merayu supaya kerajaan menyediakan laluan pengajian ke peringkat lebih tinggi bagi pelajar tahfiz selepas mereka melalui Kurikulum Bersepadu Tahfiz di peringkat sekolah menengah.

“Kepimpinan UMNO Kelantan juga telah menetapkan misi mengambil alih Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. Saya seru kepada rakyat Kelantan, beri kami peluang pada PRU14 untuk majukan negeri Kelantan kerana banyak perancangan kita buat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd