• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Baitulmaqdis Ibu Kota Israel Sejak 3,000 Tahun Lalu’

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANPA menghiraukan kecaman dan kemarahan antarabangsa, Israel tampil dengan kenyataan baharu mengundang api kemarahaan umat Islam khususnya rakyat Palestin.

Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu dengan angkuhnya mendakwa Baitulmaqdis telah menjadi ibu negara wilayah Yahudi sejak 3,000 tahun lalu dan menggesa Palestin menerima ‘realiti’ itu.

Pemimpin Zionis itu malah mengatakan lambat atau cepat, dunia perlu sedar dan menerima kenyataan itu.

“Anda boleh baca dalam buku bertajuk ‘Bible’, baca sejarah komuniti Yahudi melalui diaspora kami. Mana lagi ibu negara Yahudi kalau bukan di Baitulmaqdis?

“Lebih cepat rakyat Palestin menerima ‘realiti’ ini, lebih cepat kita akan menuju keamanan,” katanya dipetik agensi berita antarabangsa, BBC.

Netanyahu turut menegaskan Baitulmaqdis akan selamanya-lamanya menjadi ibu kota wilayah Yahudi kerana selama ini segala urusan rasmi sememangnya dibuat di situ.

“Di mana Knesset kita? Parlimen kita? Di mana mahkamah tertinggi kita? Kerusi kerajaan kita, Pejabat Perdana Menteri, pejabat Presiden?

“Tidak ada di Beersheba, tidak ada di Ashdod, ini adalah bandar-bandar yang indah.

“Tetapi di Baitulmaqdis, ia sentiasa menjadi ibu kota kita dan Baitulmaqdis  tidak pernah menjadi ibu negara kepada negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan protes umat Islam terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu negara menyebabkan beberapa protes bantahan berlaku.

Trump pada masa yang sama turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu kota IsraelPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd